Alhamdulillah... Bengkel Kemahiran Asas Jawi ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Ia melibatkan guru-guru seramai 22 orang yang terdiri daripada guru-guru yang berkhidmat di 2 buah sekolah iaitu SRA Tg Sepat dan SRA Batu Laut. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuan penceramah yang diimport khas dari daerah Sepang iaitu Ustaz Hasrudi bin Hamid yang kini bertugas sebagai GPK HEM di SRA Dato Abu Bakar Baginda. Banyak informasi baru dapat dikongsi bersama dan banyak mengasah ilmu yang sedia ada. Semoga ia bermanfaat buat kami sebagai pendidik dan menjana kreativiti kami untuk menyampaikannya kepada anak-anak didik kami.
No comments:
Post a Comment