Profil

Visi
-Kecemerlangan kurikulum pemangkin kecemerlangan    sekolah.

Misi
-Melahirkan generasi celik Al-Quran, jawi, berakhlak mulia, taat perintah Allah, ibu bapa dan guru.

Moto
-Berilmu, beriman dan beramal.



Piagam Pelanggan
Kami warga Sekolah Rendah Agama Tanjung Sepat, berjanji untuk memberikan perkhidmatan pendidikan duniawi dan ukhrawi yang terbaik kepada masyarakat melalui perkara-perkara berikut:

Ø  Memberikan pendidikan asas agama islam kepada semua murid di sekolah ini dengan sebaiknya.

Ø  Memastikan hak murid-murid mendapat kemudahan fizikal mencukupi  dan sempurna.

Ø  Berusaha mewujudkan biah pembelajaran yang komdusif serta merangsang minat murid.

Ø  Memastikan setiap aduan yang dibuat oleh ibu bapa, penjaga murid dan murid ditangani dengan secara berhikmah dan diselesaikan dengan kadar yang segera.

Ø  Melaksanakan aktiviti dan program pembelajaran secara formal atau tidak formal yang dapat mengembangkan psikomotor berkeperibadian dan kepimpinan murid.

Ø  Bertindak secara tegas dan bertoleransi serta menguatkuasakan undang-undang dan disiplin murid.

Ø  Berusaha memastikan hak kebajikan dan kesihatan murid-murid dipenuhi.

Ø  Mewujudkan hubungan yang erat antara pihak sekolah ibu bapa, penjaga dan masyarakat.
Lencana
Bendera


LAGU SEKOLAH

KAMI MURID-MURID

SRA TANJUNG SEPAT
BERIKRAR DAN BERJANJI
MENJADI GENERASI YANG BERBAKTI
KEPADA BANGSA DAN NEGARA

CINTAKAN AL- QURAN
BERAKHLAK MULIA
TAAT PERINTAH ALLAH
SENTIASA
MENJUNJUNG VISI DAN MISI
KECEMERLANGAN KURIKULUM
PEMANGKIN KECEMERLANGAN SEMUA

SRA TANJUNG SEPAT

CEMERLANG GEMILANG
TERBILANG




1 comment: