1. SEJARAH SEKOLAH RENDAH AGAMA TANJUNG SEPAT
Sekolah Rendah
Agama Tanjung Sepat ditubuhkan pada tahun 1975. Penubuhan SRA Tanjung Sepat ini
pada asasnya adalah atas desakan penduduk-penduduk kampung Tanjung Sepat
terhadap pemimpin mereka yang ingin melihat generasi anak-anak kampung umumnya
mendapat pendidikan dan bimbingan agama yang lebih sempurna, teratur dan
terancang di bawah pentadbiran seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sepanjang
penubuhan Sekolah Rendah Agama Tanjung Sepat selama 41 tahun, ia telah
menempatkan seramai tujuh (7) orang Guru Besar iaitu Ustaz Haji Raja Aznam bin
Haji Raja Noran, Ustaz Agusman bin Haji Samin, Ustaz Ahmad bin Haji Arif,
Ustazah Hajah Kamilah binti Haji Mohd Amin, Ustaz Khairul Amri bin Haji Jamian,
Ustazah Siti Wahyu binti Mohd Nor dan yang terkini Ustazah Sarifah Normah binti
Sahalan.
Pada
asalnya, bangunan SRA Tanjung Sepat ini telah dimulakan di atas bangunan Balai
Raya Kampung Tanjung Sepat. Ketika itu ia dikenali sebagai Kelas KAFA dan
Fardhu Ain atau KAFA Kampung Tanjung Sepat. Kelas tersebut bermula pada tahun
1975 di Balai Raya Kampung Tanjung Sepat sehingga tahun 1988. Dalam masa itu,
Kelas KAFA tersebut pernah juga beralih tempat pembelajarannya ke Masjid
Kampung Tanjung Sepat atas sebab-sebab tertentu selama dua (2) tahun. Pada masa
itu gurunya terdiri daripada 3 orang iaitu Ustazah Hjh. Jameah bt. Hj. Dolah
dan Ustazah Hjh. Rohati bt. Manaf dan Ustaz Kasirin b. Hj. Selamat. Selama
hampir dua puluh (20) tahun kelas KAFA ini berjalan di Balai Raya Kampung
Tanjung Sepat ini, akhirnya ditubuhkan bangunan baru padaa tahun 1988.
Pada
tahun 1988, atas keperihatinan Ketua Kampung dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan
dan Kemajuan Kampung Tanjung Sepat dengan kerjasama penduduk kampung.
Walau bagaimanapun, ia masih tidak boleh
menampung jumlah murid masa itu kerana sepatutnya memerlukan enam (6) kelas,
sedangkan blik darjah sedia ada hanya lima (5) kelas sahaja. Namun ia tidak
melemahkan semangat dan tenaga kerja guru untuk terus menabur bakti kepada
anak-anak Kampung Tanjung Sepat. Dari tahun ke tahun, jumlah murid yang belajar
di SRA Tanjung Sepat kian meningkat dan Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah ( pada
masa itu PIBG belum ditubuhkan) terus berusaha bersama pihak sekolah dengan
memohon peruntukan demi peruntukan untuk menambah bangunan.
Pada tahun 1989 melalui peruntukan YB
Dato’ Hj. Suhaimi b. Hj. Kamaruddin selaku Ahli Parlimen Kawasan Sepang pada
masa itu. Surau ini juga telah dijadikan bilik darjah dan surau untuk amali
solat asar.
Pada
tahun 1994, Sekolah telah mendapatkan peruntukan daripada Jabatan Agama Islam
(JAIS) untuk membina satu (1) blok bangunan tambahan sebanyak tiga (3) bilik
darjah. Sejurus dengan pertambahan penduduk dan juga pembinaan kawasan
perumahan di Pekan Tanjung Sepat telah memberi kesan kepada sekolah dan ia
telah menyebabkan sekolah kekurangan bilik darjah. Pada tahun 1996, satu (1) blok
bangunan tambahan sebanyak dua (2) bilik darjah telah dibina melalui peruntukan
Daerah Kuala Langat (Pembangunan Luar Bandar).
Pada tahun 1998, sekolah telah mendapat
peruntukan bilik darjah sebanyak dua (2) unit bilik darjah melalui Jabatan
Agama Islam Selangor kerana mengambil kira pertambahan jumlah murid dan melihat
situasi beberapa kelas yang perlu dibahagikan daripada 2 menjadi 3 kelas bagi
menampung kekurangan.
Pada tahun 2003 ini juga dengan
keperihatinan Pn. Hjh Siti Ramlah bt. Hj. Amron dengan sukarela dan sukacitanya
telah mewakafkan setengah (1/2) ekar tanah EMR Lot 3256 Mukim Batu, Daerah
Kuala Langat (48/384 bahagian) yang kedudukannya di belakang bangunan Sekolah
Kebangsaan kepada pihak Sekolah Rendah Agama Tanjung Sepat, 42800 Tanjung
Sepat, Kuala Langat, Selangor.
Pada tahun 2011 dengan daya usaha
tungkus-lumus pihak pentadbiran mengusulkan permohonan penambahan blok bangunan
untuk menampung kekurangan kelas kerana murid ketika itu berkongsi kelas dengan
dewan utama akhirnya membuahkan hasil dan diluluskan oleh pihak Jabatan Kerja
Raya (JKR) Kuala Langat. PAda tahun 2012, bangunan baru yang terdiri daripada
enam (6) unit bilik darjah siap dibina dan boleh digunakan dengan rasminya.
Peningkatan jumlah pelajar yang kian
ramai,kecemerlangan pelajar dalam akademik, komitmen guru-guru yang diketuai
pentadbir (guru besar) dari masa ke semasa ditambah pula dengan keinginan ibu
bapa untuk melihat anak mereka mendapat didikan agama secara formal telah
menjadi faktor utama pihak sekolah mementingkan keselamatan tempat pembelajaran
murid-murid untuk meningkatkan prestasi pendidikan ke tahap yang lebih
cemerlang.
2. BANGUNAN SRA TANJUNG SEPAT SEKARANG
Secara umumnya, bangunan SRA Tanjung Sepat
mempunyai empat (4) blok bangunan utama iaitu Bangunan A, Bangunan B, Bangunan
C, Bangunan D dan Surau Utama. Pembahagian bangunan SRA Tanjung Sepat boleh
dilihat seperti berikut :
2.1 – Bangunan A
Bangunan yang dibina pada tahun 2011 melalui peruntukan Jabatan
Kerja Raya (JKR) Kuala Langat yang terdiri daripada enam (6) unit bilik darjah.
2.2 – Bangunan B
Bangunan yang dibina pada tahun 1988 melalui peruntukan Jabatan
Kerja Raya (JKR) Kuala Langat yang terdiri daripada lima (5) unit bilik darjah
dan kantin sekolah.
2.3 – Bangunan C
Bangunan yang dibina pada tahun 1994 melalui peruntukan Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) yang terdiri daripada tiga (3) unit bilik darjah.
2.4 – Bangunan D
Bangunan yang dibina pada tahun 1996 melalui peruntukan Pejabat
Daerah Kuala Langat (Pembangunan Luar
Bandar) yang terdiri daripada dua (2) unit bilik darjah.
2.5 – Bilik Darjah Tambahan di Bangunan D
Bilik Darjah Tambahan yang dibina pada tahun 1998 melalui peruntukan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terdiri daripada tiga (2) unit bilik
darjah.
2.6 – Surau Lama
Bangunan surau ini telah dibina melalui peruntukan YB Dato’ Hj.
Suhaimi b. Hj. Kamaruddin selaku Ahli Parlimen Kawasan Sepang pada masa itu.
2.7 – Surau Baru
Bangunan surau ini telah dibina melalui peruntukan Pusat Zakat
Selangor pada tahun 2003. Ia telah menjadi Surau Utama.
Sekolah Rendah Agama Tanjung Sepat terletk di Batu 39, Jalan
Kelinik Tanjung Sepat. Jauhnya kira-kira satu kilometer dari jalan raya besar.
Bangunan sekolah ini dibina di atas tapak kerajaan seluas lebih kurang ½ ekar
atau 0.997 hektar dan berdekatan dengannya ialah Sekolah Kebangsaan Tanjung
Sepat.
Sejarah penubuhan Sek. Ren. Agama Tanjung
Sepat
1. Atas persetujuan
semua penduduk-penduduk Kampung Tanjung Sepat Kelas Pelajaran Agama Islam telah
mula diadakan padaa tahun 1953 di sebuah surau di Kampung Tanjung Sepat Darat (
63 Tahun lalu). Semua anak-anak penduduk di kampung belajar Al-Quran dan Fardhu
Ain dengan asuhan guru Ustaz Wahid namanya, beliau berasal dari Morib dan
bertugas di surau itu sehingga tahun 1957. Kemudian Ustaz Wahid telah
digantikan pula oleh Ustaz Abu Bin Manijo dari Kampung Kundang. Beliau bertugas
dari tahun 1958 hingga tahun 1961 dan selepas itu beliau digantikan pula oleh
Ustaz Idris( tidak diketahui asalnya).
2. Pada tahun 1961 kelas
yang selama ini diadakan di surau telah dipindahkan ke balairaya. Perpindahan
ini adalah dipersetujui oleh semua pihak memandangkan pertambahan murid-murid
yang ingin belajar agama. Balairaya adalah satu-satunya tempat yang sesuai jika
dibandingkan surau yang lebih sempit dan kurang selesa. Walau bagaimana pun
Ustaz Idris telah digantikan oleh Ustaz Saring Bin Haji Tahir berasal dari Kg.
Kundang. Beliau bertugas di balairaya tersebut dari tahun 1961 hingga tahun
1962. Pada tahun 1963 hingga 1964 Ustaz Raja Azman Bin Raja Noran telah
menggantikan Ustaz Saring, beliau berasal dari Batu Laut dan kemudiannya telah
digantikan oleh Ustaz Darman dari Bukit Bangkong Sepang hingga 1972.
3. Oleh kerana Kg Tg
Sepat belum mempunyai bangunan sekolah agama yang khusus maka ketua kampung dan
penduduknya sentiasa memikirkan dan berusaha agar mereka dapat mewujudkan
sebuah sekolah agama yang lengkap untuk anak-anak mereka belajar dengan sempurna. Mesyuarat demi mesyuarat
didakan untuk membat permohonan kepada pihak kerajaan supaya bangunan sekolah
dapat dibina. Pada tahun 1972 pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan
tapak tanah untuk bangunan sekolah agama seluas ½ ekar (0.997 hektar). Tapak
tersebut terletak di Lot 3667 Mukim Batu, daerah Kuala Langat. Asal mulanya
kawasan ini tempat semaian kelapa sawit dan kandang memelihara ayam yang
dipunyai oleh seorang individu yang bernama Haji Sayuti Bin Haji Mokmin. Tapak
bangunan telah diluluskan, tetapi bangunan tidak terus dapat diadakan
pembinaannya. Kelas pembelajaran masih kekal di balairaya untuk beberapa tahun
lagi.
Ustaz Darman telah
digantikan oleh Ustazah siti Rohati Binti Hashim. Beliau berasal dari Kg Kundang
dan telah bertugas di balairaya mulai tahun 1975 beberapa bulan sahaja. Selepas
Ustazah Siti Rohati diganti pula oleh Ustaz Kasirin berasal dari Kg Tg Sepat dan juga Ustazah Siti Zaimah. Oleh
kerana terlalu lama balairaya digunakan kelas pembelajaran maka telah banyak
menimbulkan masalah kepada penduduk Kg Tg Sepat. Terutamanya apabila mereka
bercadang mengadakan aktiviti masyarakat. Sekali lagi, mereka bersama-sama
ketua kampungnya merayu kepada pihak yang berwajib agar bangunan sekolah agama
segera dilaksanakan pembinaannya.
4. Pada tahun 1982
projek pembangunan Sekolah Agama Tg Sepat telah dimulakan. Semua penduduk Tg
Sepat sangat gembira kerana cita-cita mereka untuk memperolehi bangunan sekolah
yang sempuran dan lengkap hampir Berjaya. Tetapi rupa-rupanya pembinaan
tersebut tidak dapat diteruskan ats sebab-sebab yang tidak diketahui.
Tinggallah tiang-tiang tegak dan besi konkrit yang berceracak. Keadaan begini
memakan masa juga menyebabkan terdapat kerosakan-kerosakan pada asas
bangunannya terutama simennya yang telah retak. Dengan keadaan yang demikian
penduduk Kg Tg Sepat hampir kecewa, tetapi mereka tidak berputus asa. Mereka
sekali lagi berusaha membuat permohonan rayuan agar projek yang terbengkalai itu dapat diteruskan semula.
5. Tahun 1984
pembangunan sekolah terbiar telah diteruskan semula. Walau bagaimana pun
keadaan bangunan asal terbantut tidak diperbaharui, hanya ditambah mana-mana
yang belum lengkap. Orang kampung terpaksa menerimanya walaupun banyak yang
retak seribu kerana alasan-alasan perbelanjaan ketika itu terlalu tinggi.
6. Bangunan tersebut
telah dapat disiapkan pada akhir 1985. Menjelang tarikh 15 Januari 1986 telah
dapat digunakan. Guru yang bertugas dan murid belajar di balairaya telah
berpindah ke bangunan baru yang selama ini mereka nantikan. Mereka belajar
dengan lebih selesa. Pihak kerajaan negeri dari JAbatn Agam Islam Selangor
(JAIS) telah menghantar tambahan guru
mengikut keseimbangan bilangan murid.
7. Walaupun Sekolah
Agama Tanjung Sepat telah menerima bekalan guru dari JAIS beberapa masalah
sering dihadapi juga misalnya, pertukaran guru terlalu kerap pada mulanya.
Mudah-mudahan keadaan ini bertambah baik pada masa akan dating.
8. Kelas yang ada ketika
itu sebanyak tujuh (7) buah termasuk dewan sembahyang yang dibina orang kampung
secara sukarela. Oleh sebab bilik darjah tidak mencukupi maka dewan sembahyang
terpaksa digunakan.
9. Guru-guru yang
bertugas semasa itu seramai tujuh orang termasuk guru besar.
a) Guru besar
b) Dua orang guru
sementara
c) Empat orang guru
fardhu ain
10. Bangunan Sekolah
Agama Tanjung Sepat sekarang telah tetap di dalam jagaan Jabatan Kerja Raya.
Mungkin tidak akan berpindah-pindah lagi.
11. Manakala guru-guru
sementara yang ada akan diberi kursus agar lebih mengukuhkan lagi kestabilan
pelajaran dan pencapaian murid di masa akan datang.
_______________________________________________________
Rujukan : 1.
Pengerusi SRA Tanjung Sepat (Ketua Kg Tg Sepat)
2.
Guru-guru yang sebahagiannya masih bertugas
3.
Fail SRA Tg Sepat
GURU-GURU YANG BERTUGAS DI SRA TG SEPAT
TAHUN 1991
Pn. Siti Kamilah Bt. Hj Mohd Amin Guru Besar
(Drj. 6)
Cik siti Arbiah Bt. Jamian (C4) GPK (Drj. 5)
Pn. Asmi Bt Subir (C4) G.Kebersihan
(Drj. 4)
Cik Siti Ruzinah Bt Sibadar (FA) G.Kebersihan
(Drj.3A)
En. Harin B Sulaiman (FA) G.Disiplin
(Drj.3B)
Pn Siti Zaimah Bt Hj Dolah (FA) G.Disiplin
(Drj. 2)
Pn. Misparmah Bt Marlan (FA) G.Bimbingan (Drj. 1)
GURU-GURU YANG PERNAH BERTUGAS SEMENJAK DITUBUHKAN
1. TAHUN 1986
1) Ustz Raja Aznam B.
Raja Noran Guru Besar
2) Ustz Kasirin B.
Selamat
3) Ustzh Siti Arbiah Bt.
Jamian
4) Ustzh Siti Zaimah Bt.
Hj Dolah
5) Ustzh Azlina Bt.
Paiman
2. TAHUN 1986/1987
1) Ustz Raja Aznam B.
Raja Noran Guru Besar
2) Ustz Ugusman B. Samin Guru Besar
3) Ustz Kasirin B.
Selamat
4) Ustzh Siti Arbiah Bt.
Jamian
5) Ustzh Siti Zaimah Bt.
Hj Dolah
6) Ustz Khalid B. Paiman
7) Ustzh Asmi Bt. Subir
3. TAHUN 1987/1988
1) Ustz Ugusman Bin
Samin Guru
Besar
2) Ustz Ahmad B. Hj M.
Arif Guru
Besar
3) Ustzh Siti Arbiah Bt.
Jamian
4) Ustzh Siti Zaimah Bt.
Hj Dolah
5) Ustz Mohd Khalid B.
Paiman
6) Ustzh Asmi Bt. Subir
7) Ustz Fauzar Bin
Norsirin
4. TAHUN 1988/1989
1) Ustaz Ahmad B. Hj M.
Arif
2) Ustazah Siti Kamilah
Bt. Hj Mohd Amin (Guru Besar)
3) Ustazah Siti Arbiah
Bt. Jamian
4) Ustazah Siti Zaimah
Bt Hj Dolah
5) Ustazah Asmi Bt Subir
6) Ustaz Fauzar B.
Norsirin
7) Ustaz Abdul Razak Bin
Yunus
8) Ustaz Harin Bin
Sulaiman
5. TAHUN 1990/1991
1) Ustazah Siti Kamilah
Bt Hj Mohd Amin (Guru Besar)
2) Ustazah Siti Arbiah
Bt. Jamian
3) Ustazah Siti Zaimah
Bt Hj Dolah
4) Ustazah Asmi Bt Subir
5) Ustaz Harin Bin
Sulaiman
6) Ustazah Siti Ruzinah
Bt Sibadar
7) Ustazah Misparmah Bt
Marlan
6. TAHUN 2010/2011
1) Ustazah Siti Wahyu Bt
Mohd Nor (Guru Besar)
2) Ustazah Zaiwati Bt
Kandam (GPK)
3) Ustazah Norhayati Bt
Ibrahim
4) Ustazah Suzana Bt
Ahmad Serimin
5) Ustazah Hasniza Bt Hj
Sarohim
6) Ustazah Nor Azian Bt
Soyod
7) Ustazah Suzilah Bt
Sukarman
8) Ustazah Zainaton Bt
Ramli
9) Ustazah Saroha Bt
Mohd Saloki
10)Ustaz Khairul Anuar B
Idrus
11)Ustaz Amirul Zaki B
Suhaimi
12)Ustazah Suriani Bt
Misran
13)Ustazah Misparmah Bt
Marlan
14)Ustazah Nor Aini Bt
Sokir
15)Ustazah Muhaini Bt.
Sarlan
16)Ustazah Hjh Fawit Bt
Amat Sudari
7.
TAHUN 2011/2013
1)
Ustazah Siti Wahyu Bt Mohd Nor
(Guru Besar)
2)
Ustazah Zaiwati Bt Kandam (GPK)
3)
Ustazah Mishamah Bt Wakiman (HEM)
4)
Ustazah Suzana Bt Ahmad Serimin
5)
Ustazah Hasniza Bt Hj Sarohim
6)
Ustazah Nor Azian Bt Soyod
7)
Ustazah Suzilah Bt Sukarman
8)
Ustazah Tusirah Bt Hj Salim
9)
Ustaz Khairul Anuar B Idrus
10) Ustazah Suriani Bt
Misran
11) Ustazah Misparmah Bt
Marlan
12) Ustazah Nor Aini Bt
Sokir
13) Ustazah Muhaini Bt.
Sarlan
14) Ustazah Hjh Fawit Bt
Amat Sudari
15) Ustazah Ramiseh Bt
Ahmad
8. TAHUN 2013/2014
1)
Ustazah Sarifah Normah Bt Sahalan (Guru
Besar)
2)
Ustazah Zaiwati Bt Kandam (GPK)
3)
Ustazah Mishamah Bt Wakiman (HEM)
4)
Ustazah Marina Bt Mostakim
5)
Ustazah Hasniza Bt Hj Sarohim
6)
Ustazah Nurulatiqah Bt Shahrin
7)
Ustazah Suzilah Bt Sukarman
8)
Ustazah Tusirah Bt Hj Salim
9)
Ustaz Khairul Anuar B Idrus
10) Ustazah Suriani Bt
Misran
11) Ustazah Misparmah Bt
Marlan
12) Ustazah Nor Aini Bt
Sokir
13) Ustazah Muhaini Bt.
Sarlan
14) Ustazah Hjh Fawit Bt
Amat Sudari
15) Ustazah Ramiseh Bt
Ahmad
8. TAHUN 2014/2015
1) Ustazah Sarifah
Normah Bt Sahalan (Guru Besar)
2) Ustazah Zaiwati Bt
Kandam (GPK)
3) Ustazah Mishamah Bt
Wakiman (HEM)
4) Ustazah Marina Bt
Mostakim
5)
Ustazah Hasniza Bt Hj Sarohim
6)
Ustazah Nor Nazirah Bt Shukor
7)
Ustazah Suzilah Bt Sukarman
8)
Ustaz Khairul Anuar B Idrus
9)
Ustazah Suriani Bt Misran
10)Ustazah Misparmah Bt
Marlan
11)Ustazah Tusirah Bt Hj
Salim
12)Ustazah Nor Aini Bt
Sokir
13)Ustazah Muhaini Bt.
Sarlan
14)Ustazah Hjh Fawit Bt
Amat Sudari
15)Ustazah Nurulatiqah
Bt Shahrin
9. TAHUN 2015/2016
1) Ustazah Sarifah
Normah Bt Sahalan (Guru Besar)
2) Ustazah Zaiwati Bt
Kandam
(GPK)
3) Ustazah Mishamah Bt
Wakiman (HEM)
4) Ustazah Marina Bt
Mostakim (Drj. 6 A1)
5)
Ustazah Hasniza Bt Hj Sarohim
(Drj. 6 A2)
6)
Ustaz Suhaimi B Samat (Drj. 5 A1)
7)
Ustazah Suzilah Bt Sukarman (Drj. 5 A2)
8)
Ustaz Khairul Anuar B Idrus (Drj. 4 A1)
9)
Ustazah Suriani Bt Misran (Drj. 4 A2)
10)Ustazah Misparmah Bt
Marlan (Drj. 3 A1)
11)Ustazah Tusirah Bt Hj
Salim (Drj. 3 A2)
12)Ustazah Nurulatiqah
Bt Shahrin (Drj. 2 A1)
13)Ustazah Nor Aini Bt
Sokir (Drj. 2 A2)
14)Ustazah Hjh Fawit Bt
Amat Sudari (Drj. 1 A1)
15)Ustazah Muhaini Bt.
Sarlan (Drj. 1 A2)
No comments:
Post a Comment